Harian Metro – 05/12/2007
PASIR PUTEH: Selepas hampir setahun tanpa khabar akhirnya sebuah keluarga di sini, menerima berita buruk mengenai anak perempuan sulung keluarga itu yang ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu pada 19 Januari lalu.
Lebih memilukan, menerusi sepucuk surat kepada Wisma Putra bertarikh 12 Julai lalu, dikatakan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram.
Ibu Umi Azlim, Umi Slaia Ibrahim, 45, berkata anaknya itu diberi tempoh dua tahun dari tarikh dijatuhi hukuman itu untuk membuat rayuan.
“Inilah yang membuatkan saya sekeluarga merasa sangat sedih. Sudahlah beberapa bulan tidak mendengar berita akhirnya anak saya ditahan di China atas kesalahan berat ini dan dijatuhi hukuman mati.
“Saya dimaklumkan dadah itu untuk diserahkan kepada seorang rakyat Nigeria yang bernama ‘UG’ sebaik tiba di Shantou (China) apabila menerima satu bungkusan di Bangkok (Thailand),” katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Kampung Tok Kamis di sini, semalam.
Umi Slaia berkata, dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk di bagasi anaknya sebaik tiba di Shantou.
Umi Azlim yang baru beberapa bulan bekerja selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam jurusan Sains Biologi dilaporkan bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual alat mengurut kaki milik seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Datuk Anas’ di ibu negara.
Menurutnya, disebabkan anaknya fasih berbahasa Inggeris, beliau dipilih syarikat itu untuk menjalankan urusan di luar negara.
“Sebelum ini Umi selalu menelefon saya sehinggalah terputus hubungan sejak Januari lalu,” katanya.
Beliau berkata, disebabkan bimbang dengan keselamatan Umi Azlim, Umi Slaia pergi ke Jabatan Imigresen Kelantan di sini untuk membantu tetapi telah diminta merujuk kes itu ke Wisma Putra.
“Dia sanggup buat kerja yang susah asalkan dapat bantu, keluarga dan kehilangan tanpa berita ini sangat merunsingkan kami,” katanya.
Perkongsian hidup Mohamad Lazim dan Umi Slaia dikurniakan enam cahaya mata iaitu tiga lelaki dan tiga perempuan.
Adik Umi Azlim, Mohamad Azlizan kini belajar di Universiti Medan dan yang lainnya masih bersekolah kecuali Mohamad Azkairunaim, 20, yang bekerja.
Keluarga ini mengharapkan ada pihak yang sudi membantu mereka untuk mendapatkan peguam bagi Umi Azlim untuk membuat rayuan itu.
“Saya dan isteri hendak sangat berjumpa Umi Azlim di Penjara Guangzhou, tetapi kami orang susah apatah lagi nak dapatkan peguam.
“Kami nak dengar sangat apa cerita sebenar yang berlaku dan saya berharap rakyat Malaysia tolonglah kami terutama anak kami sedang berdepan dengan maut,” katanya.
Sebelum ini, seorang lagi rakyat Malaysia, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan menyeludup dadah di Jepun. Dia kini membuat rayuan terhadap hukuman itu. – Bernama
6 comments
Comments feed for this article
June 11, 2008 at 4:01 pm
Lc
I amat bersimpati dengan apa yang menimpa diri Umi Azlim. Bila diteliti keadaan yang menjuruskan diri Umi, I percaya dia memang telah menjadi mangsa perbuatan licik manusia ke atas seorang wanita yang boleh i kira agak’naif’. Dijatuhkan hukuman bunuh pulak tu. Kesian kat mak abah dia. Makin bertambah sayu hati i bila ayah dia berkata dia nak jumpa umi di penjara tapi dorang orang susah. Apa tindakan pihak Wisma Putra nak bantu Umi ek? Atau pihak Wisma Putra hanya mendiamkan diri sebab umi ni dari keluarga orang susah, tak macam si Raja Munirah tu. Kerap baca kes Raja Munirah je, tapi kes Umi camne? Hal Munirah ni, I kurang simpati sikit. Tengok gambar gambar ‘happy hour’ dia…mak oii, hebat ! Kalah artis hollywood. Dah tu kena cekup di Nikita Airport sebab nak g Jepun kerja GRO. Kira Raja Muirah ni, tunggu masa je nak kena cekup. Dah tu kena hukum penjara Tujh tahun, macam dihukum mati. Kecoh. Gunakan kesempatan duudk tujuh tahun dalam penjara tu renung balik cara idup dia sebelum kena cekup. Rasa-rasanya penjara di Jepun tu lebih baik daripada yang dihuni oleh Umi tu. Kepada siapa kenal keluarga Umi Azlin, dan terbaca komen i ni, sampaikan salam simpati i kepada mereka. Semoga Allah SWT memakbulkan hajat mereka berjumpa dengan Umi Azlin dan memudahkan urusan mereka. Ajal maut hanya Allah SWT yang Menentukan.
July 16, 2008 at 8:21 am
amir wafin
Harap bersabar keluarga Umi Azlin.Semua ini Dugaan dr Allah S.W.T.
July 16, 2008 at 8:26 am
Al-hAFIY
Banyakkan berdoa semoga arwah ditempatkan di tempat yang terbaik.
July 31, 2008 at 1:59 pm
aren
salam…selepas mendegar apa yang terjadi pada Umi Azlin ni,saya seru kepada remaja-remaja yang baca blok ni supaya berhati2 dan jangan mudah terpedaya gan semua ni…dunia sekarang bnyak kes penipuan…kalau nak hidup kat dunia ni sekarang kena pintar kalau tidak habislah jadi mangsa orang je…so,jadikan apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buat kita semua…
August 6, 2008 at 10:54 am
LINN
SALAM…harap2 family Umi Azlin dapat menerima dugaan dgn tabah.Teruskan usaha untuk selamatkan Umi Azlin dari kemelut maut.Banyak2 berdoa kepada Allah..setiap perbuatan harus bertawakal kepada Allah..
September 2, 2008 at 8:19 am
jamielah
as’kum..semoga family azlin tabah mengharungi ini semua kerana sesungguhnya ini adalah ujian dari ALLAH..