You are currently browsing the category archive for the ‘mSTAR Online’ category.

mSTAR Online – 04/12/2007

PASIR PUTEH (Kelantan): A 24-year-old woman from Kelantan has been sentenced to death by the Guangzhou High Court in China for trafficking in 2,983gm of heroin.

Umi Azlim Mohamad Lazim was sentenced on May 15 and has two years from the date of conviction to file an appeal.

Her mother, Umi Slaia Ibrahim, 45, said the family had not heard from her for a year and was shocked to receive a letter dated July 12 from Wisma Putra stating that her daughter was being held in China since Jan 19.

The drugs were found in Umi Azlim’s luggage on arrival in Shantou.

Umi Azlim is a Universiti Malaysia Sabah graduate and said to have been working for a company selling foot massage equipment in Kuala Lumpur.

Her mother said Umi Azlim was frequently sent abroad as she was fluent in English.

“She used to call home regularly but the calls stopped in January,” she said.

Another Malaysian, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, is being held at Tokyo’s Kosuke detention centre also for drug smuggling.

mSTAR Online – 04/12/2007

KUALA LUMPUR: Sebuah Mahkamah Tinggi di Jepun hari ini menolak rayuan pelajar Malaysia Raja Munirah Raja Iskandar bagi mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara tujuh tahun empat bulan kerana cuba membawa masuk 690 gram syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa di Tokyo tahun lepas.

Peguamnya Rosal Azimin Ahmad, ketika dihubungi berkata, mahkamah bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara Raja Munirah selama 100 hari, yang bermakna dia akan dipenjara selama tujuh tahun sebulan.

Rosal Azimin berkata mahkamah tidak menerima keterangan laporan forensik siber, iaitu laporan data SMS, bagi mengetepikan semua mesej SMS antara Raja Munirah dan lelaki Iran bernama Milad, yang didakwa oleh Raja Munirah sebagai orang yang menganiayainya.

Katanya mahkamah mendapati keterangan menerusi laporan forensik siber itu tidak mencukupi selain meragui kesahihan laporan data SMS itu.

Rosal Azimin berkata beliau bersama sekumpulan peguam Jepun akan merayu kepada Mahkamah Agung dalam masa 10 hari ini.

Raja Munirah, 22, pelajar bidang sebaran am di sebuah kolej swasta di Malaysia, telah mengaku bersalah terhadap tuduhan itu pada 20 Dis tahun lepas.

Dia mendakwa diperdaya oleh Milad untuk membawa beg melepasi pusat pemeriksaan kastam tanpa mengetahui kandungannya.

Dia kini berada di pusat tahanan Kosuge di Tokyo.

Bapanya, Raja Iskandar Shah Raja Abdul Aziz, 48, berkata beliau pasrah dengan keputusan mahkamah itu namun berharap tempoh untuk membuat rayuan ke Mahkamah Agung dilanjutkan bagi membolehkan pihaknya mengumpul bukti yang lengkap supaya ia tidak dipersoalkan lagi kelak.

“Saya difahamkan banyak bukti yang dikemuka sebelum ini dipertikaikan oleh mahkamah, jadi kali ini kami akan berusaha untuk mengumpul bukti yang lebih kukuh,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Raja Iskandar Shah juga berharap supaya Polis Diraja Malaysia atau Interpol turut membantunya dalam usaha mengumpul bahan bukti bagi membolehkan anak gadisnya itu dibebaskan.

Beliau turut meminta jasa baik manamana kementerian berkaitan yang prihatin dengan nasib keluarganya untuk samasama campur tangan bagi memudahkan proses rayuan itu.

“Sebelum ini saya hanya dapat sokongan dan bantuan daripada saudara mara serta rakanrakan. Belum ada kementerian terbabit ataupun pihak berkuasa tempatan yang tampil untuk menghulurkan bantuan,” katanya.

mStar Online – 01/12/2007

KUALA LUMPUR: Ibu kepada Raja Munirah Raja Iskandar, pelajar Malaysia yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun di Jepun kerana menyeludup dadah jenis syabu Disember tahun lepas, percaya anaknya telah ditipu oleh seorang lelaki Iran.

Karimah Mamat, 46, berkata anaknya diperdaya lelaki Iran yang hanya dikenali sebagai Milad yang menawarkan kerja sebagai pegawai perhubungan awam (PRO) di syarikatnya yang kononnya berpangkalan di Jepun dengan gaji kira-kira RM9,000 (AS$2,500) sebulan.

“Anak saya ada memperkenalkan Milad dan dia juga ada datang ke rumah beberapa kali, bila tengok dia nampak baik. Kami juga ada menyewa kereta dia beberapa kali dan segala urusan pemergian Munirah ke Jepun pun dia yang uruskan sebab saya manalah ada duit,” katanya ketika ditemui di sini.

Rayuan Raja Munirah, 22, akan didengar di Mahkamah Tinggi Jepun Selasa ini.

Karimah berkata sehari sebelum Raja Munirah ke Jepun, dikatakan untuk menghadiri temuduga kerja, Milad datang ke rumah dan menyuruh Raja Munirah yang pada awalnya membawa beg besar ditukar kepada beg lebih kecil, dan Milad bersetuju meminjamkan begnya pada masa itu.

“Saya yakin anak saya ditipu. Saya kenal anak saya sepanjang dia menuntut di kolej setiap kali cuti dia akan menghabiskan masa di rumah bersama adik-adik, dia bukan seorang gadis yang suka berparti atau sosial,” katanya.

Munirah, pelajar jurusan komunikasi massa sebuah kolej swasta di sini kini menjalani hukuman penjara di pusat tahanan Kosuke, Tokyo, selepas mengaku salah cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 690 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo pada 20 Dis tahun lepas.

Bagaimanapun Munirah mendakwa dia membuat pengakuan itu setelah dinasihatkan oleh peguam yang disediakan kerajaan Jepun supaya mengaku salah bagi mendapat hukuman ringan.

Menurut Karimah, beliau merestui pemergian Raja Munirah ke Jepun kerana hasrat anaknya semata-mata untuk membantu meringankan beban kewangan keluarga.

“Memang berat hati nak bagi dia pergi tapi bila mengenangkan kami amat memerlukan duit pada masa itu untuk jelaskan tunggakan rumah dan kereta dan lain-lain bil, saya izinkan juga dia pergi,” katanya kepada Bernama.

Keadaan itu membuatkan Munirah mengambil keputusan untuk berhenti sementara pengajiannya memandangkan kos pengajian yang tinggi selain untuk memberi ruang kepada empat lagi adiknya meneruskan persekolahan.

Munirah merupakan anak sulung daripada lima beradik iaitu Raja Nazrin Shah, 18; Raja Maizurah, 15; Raja Ridzuan Shah, 10; dan Raja Daniel Shah, 3.

Karimah berkata keluarganya tidak begitu menyambut Hari Raya Puasa kerana selama ini Raja Munirah yang melakukan semua persiapan pakaian raya adik-adiknya, menyediakan kuih-muih dan menghias rumah.

Sikap Munirah yang disenangi ramai membuatkan salah seorang rakannya sanggup menangguhkan majlis perkahwinannya dan menggunakan wang untuk majlis itu bagi membantu keluarga Munirah.

Seorang lagi rakan yang hanya dikenali sebagai Aishah sering membantu Karimah dalam menguruskan hal surat-menyurat.

Hampir setiap hari sebelum ke kolej, Aishah singgah di rumah Karimah untuk melihat jika ada bungkusan atau surat untuk dihantar kepada Munirah. BERNAMA

mStar Online – 28/11/2007

Oleh AYU DALITA PENDEK

KUALA LUMPUR: Harapan melihat anaknya dibebaskan daripada penjara Jepun, tinggi menggunung dalam sanubari Karimah Mamat, ibu kepada Raja Munirah Raja Iskandar, 22, yang kini menjalani hukuman penjara atas tuduhan mengedar dadah di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo.

Sejak penahanan Raja Munirah pada Disember tahun lepas, Karimah berkata beliau begitu mengharap anak perempuannya dibebaskan.

Gusar anaknya tidak mendapat keadilan sewajarnya di negara asing, Karimah berkata perasannya bagi disentap sembilu apabila mendengar rintihan anak bongsunya Raja Daniel Shah, 3, yang amat mengharapkan kepulangan kakak sulungnya.

“Dia memang rapat dengan Along (Raja Munirah). Namun apalah daya saya kecuali menenangkannya. Jauh di sudut hati, doa dan pengharapan tidak henti-henti dipanjatkan mohon agar Along segera dibebaskan.

“Hanya doa menjadi teman tatkala masyarakat memandang serong terhadap anak saya. Sebagai ibu, saya rela bertukar nyawa asalkan anak dapat kembali ke pangkuan keluarga,” katanya ketika ditemui Bernama.

Raja Munirah, yang menanti perbicaraan rayuan kesnya pada 4 Dis di Mahkamah Tinggi Jepun, dikenakan hukuman penjara tujuh tahun empat bulan atas tuduhan cuba menyeludup dadah jenis syabu seberat 690 gram.

Raja Munirah, yang mendakwa menjadi mangsa akibat diperdaya, didapati bersalah selepas dadah berkenaan ditemui bersamanya sewaktu ditahan pada 20 Dis tahun lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Meskipun tetap dengan pendirian yang anak perempuannya tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa lelaki tidak bertanggungjawab, Karimah reda dengan suratan takdir di sebalik usaha membebaskan anaknya.

Karimah sukar mengambarkan perasaannya andai kata Mahkamah Tinggi Jepun menolak rayuan anaknya kerana sebelum tiba detik itu beliau akan terus berharap dan berdoa moga impian melihat anaknya pulang menjadi kenyataan.

“Andai kata tiada bantuan kudrat atau kewangan dihulurkan, cukuplah bagi rakyat Malaysia sekadar mendoakan anaknya mendapat keadilan sewajarnya ketika perbicaraan rayuan kesnya kelak,” katanya dengan linangan air mata.

“Harapan kami semoga Aidiladha kali ini, lebih bermakna dengan kehadiran Munirah di sisi,” katanya, yang tidak dapat turut sama ke Jepun bagi mendengar kes rayuan anaknya memandangkan perbelanjaan yang tinggi. BERNAMA

mSTAR Online – 07/10/2007

KOTA TINGGI: “Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya,” itulah nasihat Kementerian Luar kepada rakyat Malaysia terutamanya wanita apabila diminta menolong membawa beg atau bungkusan milik mereka yang tidak dikenali ketika mahu ke luar negara.

Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata ini kerana ramai wanita Malaysia telah ditahan dan dipenjarakan di luar negara kerana beg atau bungkusan yang mereka bawa atas dasar menolong seseorang dikesan mengandungi dadah.

“Bila ke luar negara, perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah menolong bila ada seseorang minta tolong. Jangan terlalu mudah untuk kita mengambil beg mereka sedangkan kita tak tahu isi beg mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa di kediaman rasminya di sini, semalam.

Syed Hamid yang juga anggota Parlimen Kota Tinggi berkata, jika seseorang itu didapati bersalah mengikut proses perundangan negara lain, adalah sukar untuk Kementerian Luar memberikan bantuan bagi membebaskan mereka.

Beliau juga meminta ibu bapa dan saudara-mara supaya mengambil tahu tentang kegiatan anak-anak mereka.

Beliau mengulas kejadian seorang wanita Malaysia, Raja Munira Raja Iskandar Shah, 22, yang dihukum penjara tujuh tahun empat bulan oleh mahkamah di Jepun kerana kesalahan cuba menyeludup beberapa paket syabu ke negara itu pada 20 Dis 2006 di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Raja Munira yang merupakan seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta di ibu negara mendakwa dia diperdaya oleh seorang lelaki Iran yang baru dikenalinya.

Syed Hamid berkata, beliau telah mengarahkan Kedutaan Malaysia di Jepun untuk melawat wanita tersebut dan mengumpul maklumat tentang kes itu.

Selain kes terkini yang melibatkan Raja Munira, terdapat juga beberapa kes lain membabitkan wanita Malaysia sebelum ini yang dipenjarakan di luar negara selepas didapati bersalah oleh mahkamah negara terbabit kerana membawa beg atau bungkusan yang mengandungi dadah. BERNAMA

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 9,211 hits