You are currently browsing the category archive for the ‘Utusan Malaysia’ category.

Utusan Malaysia – 27/05/2008 Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 26 Mei – Impian Raja Munirah Raja Iskandar Shah, 23, agar dibebaskan lebih awal daripada kesalahan menyeludup dadah ke Jepun berkecai apabila Mahkamah Agung negara itu menolak usulnya untuk mendapatkan kebenaran bagi rayuan terakhir terhadap hukuman penjara tujuh tahun empat bulan yang dihadapinya.

Bekas penuntut kolej swasta di Cyberjaya itu bagaimanapun hanya menjalani hukuman penjara enam tahun sembilan bulan selepas diberikan diskaun sebanyak 270 hari bermula tarikh tangkapan pada 20 Disember 2006.

Hukuman itu tidak termasuk denda sebanyak 1.5 juta yen (kira-kira RM50,000) yang turut dikenakan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Tokyo ketika dia mengaku bersalah kali pertama. Jika gagal membayarnya, dia dikenakan penjara tambahan sebanyak 250 hari lagi.

Dengan keputusan itu, Raja Munirah kekal merengkok di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo selepas Mahkamah Agung Jepun pada Selasa lalu menolak usulnya untuk mengemukakan rayuan terakhir.

Berita menyedihkan itu disampaikan oleh peguam Shunji Miyake yang mewakilinya di sana kepada peguam Rosal Azimin Ahmad yang dilantik bagi pihak keluarganya di sini.

Rosal Azimin ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini menjelaskan, keputusan mahkamah itu kekal dan tidak boleh dirayu lagi kerana negara tersebut tidak mempunyai Lembaga Pengampunan seperti di Malaysia.

Menurut beliau, bidang kuasa mahkamah juga tidak membolehkan mana-mana pihak mengemukakan permohonan di Mahkamah Agung (yang merupakan mahkamah tertinggi di negara itu) untuk menyemak keputusan mahkamah terdahulu.

“Bagaimanapun, Raja Munirah mungkin boleh meminta parol tetapi dia harus menghabiskan sekurang-kurangnya separuh daripada keseluruhan hukuman penjara,” katanya di sini.

Ketika ditanya alasan mahkamah menolak usul gadis itu untuk merayu, Rosal Azimin memberitahu, mahkamah tersebut mendapati hujah peguam belanya hanya tertumpu kepada pelanggaran prosedur undang-undang, bukan terhadap hak dari segi perlembagaan.

Menurut beliau, hujah tersebut (pelanggaran prosedur undang-undang) bukan alasan yang kukuh yang menepati Perkara 405 Kanun Prosedur Jenayah Jepun bagi membolehkan Mahkamah Agung membuka ‘pintunya’ untuk mendengar rayuan Raja Munirah.

Raja Munirah dalam afidavit rayuannya mengemukakan isu undang-undang melibatkan persoalan bahawa haknya telah dinafikan oleh Mahkamah Tinggi Tokyo ketika mendengar kesnya kali pertama.

Peguamnya turut berhujah bahawa peguam terdahulu yang mewakili Raja Munirah telah bertindak sendiri dengan memberi nasihat yang salah ketika menyuruh gadis itu mengaku atas kesalahan yang tidak dilakukannya bagi mendapatkan hukuman ringan iaitu penjara enam bulan saja.

Rosal Azimin ketika ditanya reaksi Raja Munirah menyatakan, gadis tersebut menerima dengan tabah walau sedih dengan keputusan mahkamah.

“Saya akan sentiasa kuat (ketika menjalani hukuman penjara) selagi ahli keluarga kuat menyokong saya,” ujarnya.

Sementara itu, Rosal Azimin berkata, beliau merayu sumbangan orang ramai bagi membolehkan Raja Munirah menjelaskan denda kira-kira RM50,000 bagi mengelakkan hukuman penjaranya bertambah 250 hari lagi.

Bekas penuntut kolej swasta itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo pada 20 Disember 2006 apabila beberapa peket dadah jenis syabu seberat 690.80 gram dijumpai dalam beg yang dibawanya.

Impian penuntut komunikasi massa itu untuk menghadiri temu duga jawatan pegawai perhubungan awam (PRO) di Tokyo dengan gaji hampir RM10,000 sebulan bertukar ngeri apabila dia didakwa di Mahkamah Tinggi Tokyo kerana menyeludup dadah dan dipenjara tujuh tahun empat bulan.

Mahkamah yang sama bagaimanapun mengurangkan hukuman penjara Raja Munirah selama 100 hari dengan memendekkan tempoh hukuman kepada tujuh tahun sebulan.

Raja Munirah dalam rayuannya mendakwa tidak mengetahui kandungan beg tersebut kerana ia dibeli oleh seorang rakan warganegara Iran, Milad untuk mengisi pakaian musim sejuk. Ia hanya diserahkan kepadanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus sebelum pesawat berlepas.

Utusan Malaysia – 01/03/2008

Oleh: ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR 29 Feb. – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa dengan tertangkapnya empat lelaki Afrika yang dikatakan menipu ramai rakyat Malaysia terutama gadis Melayu.

Lelaki-lelaki Afrika itu dikatakan terlibat dengan sindiket yang mengupah wanita Malaysia menjadi penyeludup dadah yang dipanggil ‘serbuk emas’ di luar negara.

Selain suspek warga Afrika berusia 30 hingga 45 tahun itu, seorang wanita tempatan berumur 40-an turut ditahan dalam satu operasi khas di Petaling Jaya, Selasa lalu.

Serbuan pada pukul 7.30 malam itu dilakukan sekumpulan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Selangor di sebuah pangsapuri di Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Turut dirampas ialah heroin seberat 3.11 kilogram bernilai kira-kira RM1.7 juta dan sebuah kenderaan jenis Suzuki Vitara milik salah seorang warga Afrika terbabit.

Sindiket pengedaran dadah di negara ini yang didalangi warga Afrika pernah dibongkar Utusan Malaysia bulan lalu.

Kumpulan penjenayah itu dipercayai ada kaitan dengan beberapa kes penahanan warga Malaysia di luar negara termasuk pemain deram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad, 42, atau lebih dikenali sebagai Ringgo yang sedang ditahan penjara Venezuela.

Kes sama yang turut mendapat perhatian sebelum ini ialah penahanan pelajar kolej, Raja Munirah Raja Iskandar di Jepun dan Wan Lidiawati Abdul Majid di Trinidad and Tobago.

Sehingga kini, 96 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita dan pelajar, ditahan di luar negara kerana kes dadah. Sebahagiannya di Venezuela, Peru, Argentina dan China.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Zul Hasnan Najib Baharudin berkata, beliau yakin penahanan lima suspek itu minggu ini dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menggunakan modus operandi memperdayakan rakyat tempatan terutama pelajar wanita untuk menjadi pembawa dadah di luar negara.

“Kesemua warga Afrika Barat itu merupakan pelajar di sebuah kolej swasta di sini manakala wanita tempatan itu seorang suri rumah.

“Polis sedang siasat kaitan mereka dengan 96 kes rakyat Malaysia ditahan pihak berkuasa negara luar sebelum ini,” kata Zul Hasnan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Utusan Malaysia – 25/01/2008

Oleh: RASHIDAH ABD. RAHIM

KUALA LUMPUR 25 Jan. – Seorang peguam percaya modus operandi (MO) sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang memerangkap hampir 30 rakyat Malaysia di luar negara adalah sama.

Peguam Rosal Azimin Ahmad berkata, fakta itu berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes Raja Munirah Raja Iskandar, 23, bekas penuntut kolej swasta di Cyberjaya yang dipenjarakan di Jepun atas kesalahan mengedar dadah di negara tersebut.

Beliau berkata, MO yang digunakan hampir sama iaitu wanita muda dan berpendidikan tinggi sebagai sasaran.

Beliau menambah, jika dilihat latar belakang akademik Raja Munirah dan beberapa wanita yang ditahan di Venezuela adalah sama iaitu penuntut atau lulusan universiti.

‘‘Secara peribadi, MO yang digunakan untuk memerangkap rakyat Malaysia sama tapi cuma guna pendekatan yang berbeza.

‘‘Kemungkinan sindiket yang terlibat dalam memerangkap rakyat Malaysia juga adalah dari kumpulan yang sama, ”katanya semasa dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Raja Munirah yang terbang ke Tokyo untuk menghadiri temuduga di sana pada 20 Disember lalu ditahan di Lapangan Terbang Narita kerana beg kulitnya dikesan membawa 690.80 gram dadah jenis syabu.

Beg itu adalah pemberian pemuda Iran yang menuntut di Cyberjaya sebagai persediaan untuk menghadiri temuduga tersebut.

Namun setelah mengaku bersalah, mahkamah di Jepun menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun sebulan ke atas Raja Munirah, yang kini ditempatkan di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo.

Sementara itu Rosal memberitahu, seperti kes pemain drum kumpulan Fotograf, Sham Ahmad dan dua lagi wanita yang dipenjarakan di Venezuela atas dakwaan cuba mengedar dadah, ahli keluarga terbabit perlu mendapat khidmat guaman dari Malaysia.

Ini kerana, kata beliau, sistem perundangan Venezuela hampir sama dengan Malaysia iaitu jika pembelaan dilakukan dengan bukti yang kukuh, peluang untuk rakyat Malaysia bebas dari perangkap sindiket itu adalah cerah.

Sham Ahmad atau Ringgo yang kini dipenjarakan di Venezuela kerana ditahan setelah satu begnya mengandungi serbuk emas (kokain) ketika hendak berlepas dari negara itu pada 25 November.

Dua lagi wanita Malaysia yang dikenali sebagai Nurul dan Ija iaitu penuntut di negara ini juga dikatakan dipenjarakan di Venezuela atas kesalahan yang sama.

Mereka ini dipercayai menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah antarabangsa sebagai strategi untuk membawa keluar dadah dari Venezuela ke negara-negara lain.

Utusan Malaysia – 23/01/2008

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Jabatan Imigresen akan bekerjasama dengan polis supaya kegiatan memperalat rakyat negara ini sebagai penghantar ‘serbuk emas’ atau dadah jenis kokain ke negara lain dapat dikesan di peringkat awal lagi.

Pengarah Penguat Kuasa Imigresen, Datuk Ishak Mohamed berkata, antara pendekatannya ialah melakukan pemeriksaan rapi atau menahan individu yang disyaki oleh polis menjadi mangsa penganiayaan sindiket pengedaran dadah sebelum mereka sempat ke luar negara.

”Imigresen tidak dapat memberi bantuan yang lebih besar dalam kes ini kerana kejadian berlaku di luar negara.

”Tetapi, sekiranya polis meminta kami (Imigresen) memeriksa atau menahan mana-mana pihak dipercayai terlibat dalam hal tersebut, kami akan berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pada 20 Januari lalu, Utusan Malaysia melaporkan bekas pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawanya mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram.

Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke Penjara El Rodeo.

Dalam perbualan telefon dengan keluarganya yang tinggal di sebuah flat di ibu negara sejurus penahanannya, Ringgo mendakwa, dia tidak bersalah sebaliknya dianiaya seorang lelaki yang menyuruhnya membawa beg itu yang didakwa sebagai gold dust (serbuk emas).

Sebelum ini, Raja Munirah Raja Iskandar, 23, dihukum penjara tujuh tahun sebulan oleh mahkamah di Jepun selepas mengaku bersalah cuba menyeludup beberapa peket syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo pada 20 Disember 2006.

Pelajar jurusan sebaran am di sebuah kolej swasta itu bagaimanapun mendakwa dia diperdaya oleh seorang lelaki Iran yang memintanya membawa sebuah beg melalui pemeriksaan kastam tanpa mengetahui isinya.

Dakwanya, pemergiannya ke sana adalah untuk bekerja sebagai pegawai perhubungan awam (PRO) dengan sebuah syarikat korporat di Jepun dan dia kini berada di pusat tahanan Kosuge di Tokyo.

Dalam pada itu, Ishak berkata, Imigresen sememangnya memeriksa setiap barang yang dibawa oleh rakyat Malaysia sebelum mereka berlepas keluar negara.

Namun, katanya, jabatan itu tidak mampu menghalang mangsa daripada diperalat sebagai penghantar dadah kerana bahan itu diperoleh mangsa di luar negara.

”Sekiranya dadah itu dibawa keluar dari sini, sudah pasti kami dapat mengesannya sebelum mangsa sempat ke luar negara,” jelasnya.

KUALA LUMPUR 23 Jan. – Keluarga Sham Ahmad atau Ringgo, 42, dinasihat supaya mendapatkan khidmat peguam negara ini bagi memantau proses perundangan yang dihadapi bekas pemain dram kumpulan Fotograf itu di Caracas, Venezuela.

Pengamal undang-undang, Rosal Azimin Ahmad berkata, perkara itu penting walaupun keluarga Ringgo bercadang mendapatkan khidmat peguam di negara tersebut dengan bayaran hampir RM70,000 kerana pemantauan daripada pihak guaman di sini juga diperlukan.

”Saya telah menghubungi keluarga Ringgo baru-baru ini dan mereka memberitahu akan melantik seorang peguam di sana.

”Bagaimanapun agak penting untuk mereka mendapatkan khidmat guaman dari Malaysia sebagai peguam pemerhati kes yang dihadapi Ringgo di Caracas, Venezuela,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia disini hari ini.

Pada 20 Januari lalu, muka hadapan Utusan Malaysia melaporkan Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawanya mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram.

Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke Penjara El Rodeo.

Selain itu, Rosal Azimin yang terlibat dalam kes Raja Munirah Raja Iskandar, 23, yang dihukum penjara tujuh tahun sebulan oleh mahkamah di Jepun berkata, beliau telah menawarkan diri untuk membantu keluarga Ringgo.

Namun, jelasnya, keluarga bekas pemain dram kumpulan Fotograf itu masih belum membuat keputusan berkenaan tawaran tersebut dan akan memberi jawapan kepada beliau dalam minggu ini.

”Mereka lantik saya atau tidak, itu tidak penting tetapi mereka perlu mendapat khidmat peguam dari negara ini,” jelasnya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada keluarga Ringgo dan beberapa sumber lain, beliau percaya bekas pemain dram itu tidak bersalah, tetapi dianiaya pihak tidak bertanggungjawab.

Utusan Malaysia – 20/01/2008

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ringgo terpaksa meringkuk dalam penjara di Caracas, Venezuela sejak November lalu kerana disyaki terlibat dalam kes pengedaran dadah.

Utusan Malaysia difahamkan, Ringgo, 42, yang juga seorang pelukis dan komposer lagu, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Simon Bolivar di Caracas ketika mahu berlepas pulang ke Malaysia awal November lalu.

Dia bersama seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan kerana salah sebuah beg yang dibawa oleh Ringgo mengandungi dadah kokain seberat 4.6 kilogram. Ekoran itu, dia ditahan di sebuah lokap di Caracas sebelum dipindahkan ke penjara berhampiran manakala rakannya itu dilepaskan.

Pemuzik itu dijadual didakwa di mahkamah tidak lama lagi. Venezuela tidak melaksanakan hukuman mati untuk pengedar dadah tetapi jika sabit kesalahan, Ringgo boleh dipenjara sehingga 15 tahun.

Seorang pengamal undang-undang, Rosal Azimin Ahmad, iaitu peguam Raja Munirah Raja Iskandar yang ditahan di Jepun atas kesalahan dadah, telah menawarkan diri membantu Ringgo.

Sebelum ke Venezuela, Ringgo dikatakan menyertai misi pelancongan di Sepanyol tetapi tidak pulang bersama ahli rombongan itu kerana mengikut penggiat ‘busking’ di negara itu.

Dalam perbualan telefon dengan keluarganya yang tinggal di sebuah flat di ibu negara sejurus penahanannya, Ringgo mendakwa dia dianiaya oleh lelaki yang terlepas itu.

Lelaki yang baru dikenalinya di Caracas itu memintanya membawa beg tersebut. Ringgo bersetuju menolong atas semangat rakan senegara.

Rosal Azimin memberitahu, beliau dihubungi keluarga Ringgo malam ini dan menyatakan persetujuannya membantu mereka mengendalikan kes tersebut di Venezuela.

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, lima daripada 30 wanita Malaysia yang terlibat dalam kes pengedaran dadah di luar negara ditahan di Venezuela.

Utusan Malaysia – 31/12/2007

SAYA terpanggil untuk berkongsi kegusaran tentang nasib yang menimpa wanita Malaysia seperti Raja Munirah Raja Iskandar dan Umi Azlim Mohd. Lazim yang diperdaya rakyat asing untuk membawa dadah ke luar negara sehingga tertangkap dan meringkuk di penjara.

Difahamkan puluhan lagi kes yang serupa melibatkan warga muda kita di seluruh dunia yang secara tidak langsung menjejaskan nama baik negara.

Yang mendukacitakan sebahagian besar kes berkenaan adalah kerana terpedaya oleh janji manis rakyat asing yang baru dikenali.

Saya bertambah risau tentang senario ini memandangkan anak saya sendiri akan melanjutkan pelajaran ke Jepun awal tahun depan.

Saya tertanya-tanya sejauh manakah sistem pengimbas bagasi di KLIA berkesan mengimbas bagasi penumpang untuk mengesan sebarang benda asing yang mungkin tersorok tanpa pengetahuan tuan punya bagasi berkenaan.

Sekiranya sistem pengimbas kita dapat mengesan barangan asing dalam bagasi sebelum mereka berlepas ke luar negara, sudah tentu kes-kes ini lebih mudah disiasat dan diselesaikan.

Saya cadangkan semua bagasi penumpang ke luar negara diimbas dan diperiksa rapi supaya tidak ada kes terlepas sehingga tertangkap di luar negara.

Ini dapat mengelak anak-anak muda kita tertangkap di negara asing atas kesalahan yang mereka tidak lakukan.

Secara langsung ini dapat juga menyelamatkan nama baik negara agar tidak dianggap sebagai pusat pengedaran dadah ke negara luar.

Pertingkatkan sistem di Malaysia untuk menyelamatkan rakyat Malaysia!

– BAPA RISAU,

Petaling Jaya.

Utusan Malaysia – 28/12/2007

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Satu permohonan dikemukakan oleh Raja Munirah Raja Iskandar Shah kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi memperakui Cyber Security Malaysia adalah agensi di bawah kementerian itu.

Permohonan kepada menteri berkaitan, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dibuat melalui peguamnya, Rosal Azimin Ahmad bertujuan membolehkan satu data khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diperoleh melalui agensi itu diiktiraf sebagai barang kes dalam rayuannya di Mahkamah Agung di Jepun tidak lama lagi.

Sebelum ini, peguam telah mengemukakan SMS mengandungi komunikasi antara Raja Munirah, 22, dan Milad, seorang lelaki warga Iran dalam pembelaannya di Mahkamah Tinggi di Jepun tetapi ia ditolak.

Menurut Rosal Azimin, perakuan bertulis daripada MOSTI itu dijangka digunakan oleh peguam berkenaan dalam prosiding rayuan di Mahkamah Agung, April ini.

“Kami harap kementerian akan dapat membantu kerana dokumen perakuan itu penting bagi membuktikan kewujudan Milad dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Rosal Azimin, kewujudan lelaki warga Iran itu penting kerana ia bukti utama yang dalam proses rayuan untuk membebaskan gadis tersebut daripada hukuman penjara tujuh tahun empat bulan di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo.

Dalam pada itu, beliau berkata, peguam Raja Munirah di Jepun, Shunji Miyake akan berjumpa gadis itu di Pusat Tahanan Kosuke, Tokyo dalam masa terdekat ini sebagai persiapan rayuan mengetepikan sabitan kesalahan dan hukuman penjara tersebut.

Perkenalan antara Raja Munirah dan Milad bermula kira-kira setahun lalu sebaik dia menamatkan pengajian Ijazah Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta manakala Milad menuntut di sebuah kolej di Cyberjaya.

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 9,209 hits